Apabila anak semakin bertambah, kos sara hidup pula semakin tinggi, perkara yang difikirkan ialah samada untuk hantar kepada nurseri, pengasuh atau cari sahaja pembantu rumah.
Aku pula telah memilih untuk cari pembantu rumah kerana pada awalnya yang kami fikir lebih menjimatkan, selain menjaga anak, dapat juga bantu kami uruskan rumah. Tetapi anak sulung kami pun mak mentua yang jaga, sebab masa itu kami masih tinggal sebumbung dengan mereka. Jadi mencari pembantu adalah pilihan kerana dapat juga bantu mak mentua. Lagipun mak ada di rumah untuk tengok-tengokkan anak kami.
Membawa masuk orang asing tinggal bersama memang sesuatu yang baru bagi kami sebabnya both of us, suami isteri dahulunya dijaga oleh ahli keluarga sendiri, tak pernah pun ada pembantu rumah. Cuma kakak dan abang ipar yang ada pengalaman mempunyai pembantu rumah. Jadi macam-macam cerita la yang kami dengar sebelum menerima pembantu rumah. Agen pembantu rumah pun Kak Ipar aku yang rekemen. Proses permohonan memang berjalan lancar, seperti dijanjikan, tepat masanya maid aku pun sampai. Aku pergi LCCT Sepang pergi ambik sendiri maid kami. Tapi semasa mengandungkan anak kedua tu, setiap hari lepas solat aku akan berdoa agar ditemukan dengan Maid yang baik dan amanah menunaikan tugasnya.
Maid pertama ni, orangnya nampak alim, sopan santun dan pendiam. Oleh kerana kak Ipar aku punyai Maid yang sangat cekap, jadi mak mertua aku memang high expectation terhadap maid ni. MIL aku ni tak faham bahawa maid tu juga seperti manusia lain yang perlukan masa untuk sesuaikan diri. Sepatutnya kitalah kena beritahu dia dan siapkan jadual apa yang perlu dilakukan. Aku pula takde banyak masa nak jelaskan perkara-perkara yang perlu dilakukan, jadi aku serah bulat-bulat kepada MIL aku je. Lagipun itu rumah dia, dia lagi tahu apa yang perlu dilakukan, takkan aku nak pandai-pandai arah. Bagi aku dia tolong jagakan anak aku sudahlah.
Maid pertama ni pulak takut tak bertempat, MIL aku cakap sikit dah terasa. MIL aku mana tak hanginnya, disuruh kupas bawang pun terkial-kial. Kesimpulannya dia memang kekoklah kat dapur, tak up to my MIL expectation. Memang MIL aku ni cerewet, dok ngan dia, aku je lah menantu yang paling selamba dan mampu bertahan tinggal sana sampai hampir 4 tahun. Tipsnya kita jangan buat perangai dan pandai ambil hati dia. Hubby kekadang suka la usik aku menantu kesayangan..iyeke? Tak rasapun camtu..hehe. Kita anggaplah dia macam mak kita sendiri. Lagipun aku ni memang kebal, -(degil) tapi tak melawan, cuma buat je macam biasa, kalau rasa aku betul, aku tetap juga dengan pendirian aku, hehe. Kita punya akal untuk berfikir. Tak semestinya orang lebih tua tu betul sahaja.
Pendirian aku tentang ambik orang gaji? Nantikan posting seterusnya mengapa dan apakah perkara positif yang aku dapat lihat.